komentar
Alahai Sekolah berprestasi tinggi !
Saya tidak teruja dengan pengumuman penuh berprestej Menteri Pendidikan terhadap sekolah yang terpilih dalam kelompok Sekolah berprestasi tinggi. Awal-awal lagi gambaran sekolah yang terpilih berada dalam kerangka pemikiran saya. Apabila senarainya dikeluarkan saya hanya tersenyum dan berfikir dalam dunia yang diwarnai politik sudah pasti elemen politik akan mewarnai apa-apa sahaja keputusan kerajaan.
Jika kita renung sejenak, boleh dihitung dengan jari sekolah pinggir bandar apatah lagi luar bandar yang layak dinamakan sekolah berprestasi tinggi ini.Nama-nama sekolah bandar dalam lingkungan pengaruh politik , tokoh usahawan , peneraju GLC dan mereka yang berpengaruh terus mendapat tempat di hati KPM. Cuba bayangkan dalam lingkungan tidak sampai 50 km terdapat sekolah dalam senarai ini seperti SMK (P) Sri Aman , SK Bukit Damansara dan SK Taman Tun Dr. Ismail.Jumlah ini belum dihitung lagi dengan beberapa sekolah lain di lembah kelang.
Mungkin ada yang akan menyatakan sekolah ini terpilih kerena menepati kreteria yang ditetapkan. Betul ,memang betul menepati kreteria tetapi cuba fikir sejenak tentang Barisan PIBG sekolahnya , kemampuan kewangan , sponsor dan penglibatan tokoh politik dan aspek kekeluargan sendiri yang terdiri daripada golongan atasan. Hal ini ditambah pula dengan kemudahan pelajar sendiri yang dilengkapi pelbagai kemudahan hasil kewangan yang mereka miliki. Tanpa membuat kajian pun kita tahu mudah bagi mereka meraih gelaran itu di samping pelajar yang diasak dengan kemudahan pembelajaran seperti tuisyen dan sebagainya.

Bagaimana pula sekolah di kampung , pedalaman Pantai timur Semenanjung , Sabah dan Sarawak .Sudah tentu kemudahan infrastruktur , pelajarnya , kekangan kewangan dan kepelbagaian permasalahan lain disebabkan landskap rakyat biasa yang menjadi tulang belakang persekitaran mereka. Mungkinkah mereka mampu bersaing untuk mendapat gelaran ini.
Apa yang paling menjengkelkan KPM selalu memberi jawapan sekolah terpilih layak kerana memenuhi kreteria yang ditetapkan dan diulang ribuan kali. Situasi inlah yang disebut sebagai berada dalam pusaran ganas kesusahan.Sekolah seperti ini sudah mampu memenuhi kreteria malahan ratusan kretaria lain juga mampu dicapai.Hal ini ditambah dengan imbuhan hampir jutaan ringgit akan dihampurkan oleh kerajaan sudah tentu membesarkan lagi jurang ini.
Saya sedih kerana KPM sengaja atau menutup mata terhadap permasalahan ini. Rakyat Malaysia sekarang tidak sama dengan rakyat Zaman Tunku dan Zaman Tun Hussien mereka melihat dengan mata hati sesuatu dasar. Rakyat tiada kuasa untuk mempertikaikan tetapi berkuasa menterjemahkan rasa tidak puas hati ini dalam bentuk lain. Situasi inilah yang dilihat sebagai kurang popularnya kerajaan di mata rakyat.

Apa yang baik sepatutnya KPM membuat dua kategori sekolah ini iaitu bandar dan luar bandar termasuk sekolah di Sabah dan Sarawak dengan instrumen penilaian yang berbeza. Sekiranya hal penambahbaikan ini dibuat sudah tentu rasa ketidakpuasan hati dapat dilenyapkan. Tepuk dada tanya selera.
Labels: info
1 Comments:
Assalam,
Sebagai seorang guru yang mengajar di sekolah biasa, yg rata-rata pelajarnya yang sederhana ditambah dengan jumlah bilangan pelajar cina yang hampir 70% serta bilangan pelajar peralihan, ting 1 dan ting 2 yang masih merangkak-rangkak membaca..saya bersetuju dengan komentar yang diutarakan. 4 tahun gred SPM sekolah saya naik dan saya rasa encik boleh bayangkan bagaimana kami guru-guru berhempas pulas melaksanakan P&P. Jauh berbeza dengan sek2 berprestasi tinggi yang para pelajarnya umpama tepung gred A.... Alhamdulillah kami tetap berpuas hati kerana dapat mengubah nasib pelajar yang diumpamakan tepung cap kunci yang biasa biasa.kami hanya berpegang kepada konsep "GURU JUTAWAN AKHIRAT'
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home