Wednesday, January 7, 2009

Pengukuhan Kemahiran ( 5 MPV )


Minggu ini pembelajaran tatabahasa lebih memberi penekanan kepada aspek pengalihan bentuk dialog kepada prosa. Perbincangan dan kupasan teknik telah dilakukan bersama pelajar dengan harapan mampu menguasai teknik secara praktis. Latihan secara sepontan di dalam kelas apabila sekumpulan pelajar bersembang dan sekumpulan lain cuba menukar bentuk secara sepontan.Latihan fasa 2 diketengahkan melalui instrumen kartun yang diambil menerusi akhbar serta diubah bentuk secara prosa atau bentuk pindah. Latihan seterusnya dengan mengambil dialog wawancara yang tersiar menerusi majalah dan akhbar . Pelajar membuat penukaran secara terancang dan memenuhi kreteria yang ditetapkan.

Latihan Intensif.

Soalan 1.

Tulis semula dialog di bawah dalam bentuk cakap pindah mengikut susunan asal dengan gaya bahasa gramatis.

Lim : Aku tak nak masuk kelas la... bosan dengan cikgu tu..
Lee : Engkau jangan pandang cikgu tu sebelah mata , nanti kena tangkap padam muka.
Lim : Cikgu tu tak kisah pun, Aku ada atau tak bukannya dia ambil tahu.
Lee : Cikgu ikhlas nak mengajar supaya kau berjaya.Jangan berkelakuan seperti ini.
Lim : Aku benci cikgu tu....sombang dan berlagak.

( 6 markah )


Labels:

PENULISAN BERKUALITI PERINGKAT SPM

Panduan ini ditulis berdasarkan elemen yang diabaikan oleh pelajar semasa proses mengarang. Antara elemen tersebut.

1. Aspek menepati secara fokus kehendak soalan melalui pemahaman terhadap tugasan.

a) Pelajar kurang menyelami kata kunci tugasan yang dikehendaki oleh soalan.

Hal ini mempamerkan kelemahan pelajar apabila dianggap tidak memahami tugasan dan seterusnya menjawab melebihi ruang lingkup soalan. Misalnya Ketika menjawab soalan bahagian A iaitu soalan bahan rangsangan, tugasan / kata kunci soalan dinyatakan secara jelas malahan dihitamkan kata kunci itu supaya lebih diberi perhatian oleh pelajar. Soalan SPM 2008 jelas memerlukan pelajar membincangkan punca-punca berlakunya pencemaran sungai. Tiga punca telah diberikan bersama ilustrasi bergambar.

Apa yang mengecewakan pelajar masih lagi menulis mengikut apa yang mereka tahu dan bukan mengikut apa yang diminta. Hal ini tentunya mempamerkan kegagalan dalam menyelami kehendak soalan.

b) Pelajar tidak mempamerkan kebolehan menulis karangan secara terperinci / panjang


Kebiasaanya pelajar menulis sekadar memenuhi kepererluan minimum sahaja iaitu melepasi 200 patah kata bagi karangan A dan melebihi 350 patah kata bagi karangan bahagian B.Hal ini sebenarnya jauh daripada menepati pemberian markah peringkat baik , kepujian dan cemerlang kerana ketiga-tiga peringkat ini memerlukan jumlah kata yang jauh lebih banyak daripada keperluan minimum. Kadangkala menjadi suatu keperluan untuk membuktikan keupayaan menulis apabila keperluan jumlah kata menjadi ukuran untuk pemberian markah.Oleh itu disarankan pelajar menulis dengan panjang , sebaik-baiknya 15 baris bagi setiap perenggan.Bagi karangan A , jumlah kata mesti melebihi 250 dan bagi karangan B mesti melebihi 450 patah kata.Kebolehan menulis dengan jumlah perkatan yang maksimum memungkinkan pemberian markah cemerlang diperolehi.
.
c) Kekuatan kosa kata dan ungkapan menarik yang berkesan

Kosa kata merupakan rangkuman ciri-ciri kebolehan berbahasa dan penguasaan bahasa yang gramatis.Hal ini tentunya memberikan nilai keindahan bahasa dan unsur ayat yang gramatis , bervariasi dan mampu menarik perhatian pembaca.

d) Pengolahan menarik dan berkesan

Olahan melalui kepelbagaian bahasa dengan penggunaan penanda wacana yang berkesan mampu memberikan impak yang menarik bagi sesebuah karangan yang berkesan.Kesan olahan ini tentunya memberikan daya menarik untuk dikategorikan sebagai karangan berkualiti.

Labels: