Monday, December 29, 2008

biodata


Mohd sahardi diputerakan pada subuh 12 Januari 1972 di sebuah teratak usang yang diberi nama kampung Kubang Sepat yang terletak dalam daerah Pasir Mas.Anak kelahiran serambi Mekah ini lahir dalam keluarga petani yang serba kekurangan.Memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tanjung Bunga dan meneruskan pendidikan menengah di SMK Tendong sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya.

Melalui zaman kanak-kanak yang sukar apabila banyak masa dihabiskan membanting tulang di sawah dan membantu ibu menoreh getah pada masa kanak-kanak seusia leka bermain bersama rakan sebaya. Bersesuaian dengan seorang anak yang memahami keperitan hidup keluarga , masa remaja dihabiskan dengan bekerja pada masa cuti persekohan.

Keazaman untuk mencurahkan bakti kepada anak bangsa menyebabkan saya memilih kerjaya sebagai seorang pendidik. Walaupun Kerjaya ini tidak menjanjikan kemewahan dan kekayaan tetapi perasaan puas dapat memartabatkan generasi pelapis sebagai generasi yang cemerlang dalam pelajaran , berketrampilan mempunyai jati diri dan berakhlak mulia.

Kini saya berkhidmat di SMK Subang, Shah Alam sebagai guru cemerlang Bahasa Melayu dan beriltizam sedaya upaya mendidik anak bangsa ke mercu kejayaan.


Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home